Coating kereta merupakan salah satu cara untuk kita mengekalkan kecantikan kereta milik kita.
Tapi kenapa kita perlu coating? Kalau cuci seperti biasa bukan sudah memadai ke?
Saya tunjukkan beberapa tips dan 5 tujuan kenapa kita perlu coating kereta walaupun kita sudah berkali-kali mencuci dan menjaga dengan baik.
Apa Itu Coating Kereta?
Coating kereta atau nama yang sama adalah Paint Protection Coating yang biasanya memberikan ketahanan yang lama untuk cat kereta anda.
Setiap kedai kereta atau kedai detail kereta akan rekomen untuk buat coating kereta.
Caranya amat mudah, malah sesetengah orang boleh buat coating keretanya sendiri di rumah.
Tapi ia tak semudah itu, kalau anda suka DIY, ada caranya juga, anda kena pastikan coating anda serata ke seluruh bahagian kereta.
Coating ini memberikan lapisan untuk mempertahankan cat kereta dan membuat kereta kita nampak berkilat dan cantik.
Bukan itu sahaja, dengan adanya coating kereta, ia boleh mengelak cat kereta anda daripada berkarat dalam keadaan cuaca di Malaysia ini yang selalu hujan dan panas.
Kelebihan Coating Kereta
Ok, kalau dah tau coating kereta tu apa, mesti kita nak tahu apa lebihannya, betulkan?
Ini adalah antara kelebihan coating kereta:
- Kereta anda akan sentiasa berkilat dan kelihatan”glossy” dari jauh.
- Boleh elak daripada clar balar seperti geseran kunci kereta terkesan. Tiada lagi masalah kereta calar.
- Coating kereta boleh dianggap sebagai Paint Protection Film yang boleh menghilangkan calar kecil. Jika coating kepada kereta baharu, maka kereta akan sentiasa berkilat dengan masa yang lama.
- Tingkatkan ketahanan cat kereta, janji coating kereta sentiasa dibuat dalam beberapa bulan supaya efek coatingnya konsisten.
5 Tujuan Coating Kereta Anda
Tujuan sebenar coating kereta adalah untuk mempertahankan cat kereta yang berpanjangan.
Untuk kita boleh mengelakkan kecantikan kereta supaya tiada calar balar dan setiasa dilindungi.
1. Coating Kereta Memberikan Perlindungan Cat Kereta
Cat kereta adalah punca utama untuk kita guna coating kereta. Bila orang nak lihat kereta kita, pertama sekali, mereka akan nampak luaran kereta terlebih dahulu.
Baru boleh cam bahawa kereta anda ni, kereta baru atau kereta lama?
Jika anda boleh jaga kereta anda dengan baik, ada kalanya susah nak beza antara kereta baru dan lama.
Coating kereta memberikan perlindungan cat dengan menambahkan kekerasan dan mempunyai UV protection untuk mengelakkan daripada cat kereta anda berkarat dan tak mudah tercalar.
Ada 2 jenis grade untuk coating kereta iaitu “Glass Coating” atau “Ceramic Coating”.
Nama saja yang berbeza tapi aplikasi terhadap kereta tak jauh bezanya.
Hanya yang membezakan kedua-dua ini adalah kualiti dan ketahanan coating nya.
Saya rekomen untuk anda menggunakan “Ceramic Coating” kerana ia lebih berkualiti, memberikan pengilatan yang sekata dan lebih tahan lasak!
2. Lebih Perlindungan Untuk Kereta Baharu
Coating kereta bukan sahaja untuk kereta yang sudah pakai atau kereta yang baru sahaja dicat dengan cat baru.
Kereta yang baru dibeli dari dealership kedai perlu coating untuk mendapatkan coating yang lebih baik dan perlindungan yang tahan lasak.
Bayangkan jika anda baru dapat kereta baru, tapi malang tak berbau, ada goresan sedikit dalam perjalanan dari dealership ke rumah anda.
Coating kereta bukan sahaja untuk kilatkan kereta, malah ia boleh elakkan daripada kesan calar daripada timbul dan ia boleh membuatkannya mudah hilang.
3. Layer Cat Yang Lebih Tebal Untuk Coating Kereta
Anda boleh bayangkan cat anda mempunyai pelbagai lapisan yang melindungi besi kereta anda daripada muncul di permukaan kereta.
Jika kita terlihat ada kesan besi atas kereta, maka coating cat atau lapisan cat kereta itu sudah rosak dan boleh menyebabkan kereta anda mudah karat.
Jadi, dengan lebih senang, kita boleh katakan coating ini memberikan satu lagi lapisan perlindungan pada apa-apa jenis kotoran, pengoksidasi dan calar kecil.
Dengan adanya coating kereta, kereta kita akan ada lagi satu lapisan yang fungsinya untuk melindungi cat asal kereta.
Cat asal kereta adalah lapisan yang terakhir bagi pemilik kereta yang menjaga keretanya dengan baik.
Kalau cat kereta sudah terhakis, kereta anda akan kelihatan tak cantik dan tak sempurna bila ada calar atau cebisan kotoran yang susah nak hilang kerana, sudah berada di lapisan terakhir.
Paling teruk pun, jika boleh lihat besi badan kereta, ini biasanya akan berlaku jika anda menghadapi kemalangan dan badan kereta anda tercium dengan kereta lain. Ini memang tak dapat dielakkan, hanya boleh diperbaiki sahaja.
4. Kereta Berkilat Yang Perpanjangan
Tak kira jika anda baru beli kereta baru atau pun kereta secondhand, anda pasti nak kereta anda berada dalam keadaan cantik dan sentiasa berkilat.
Lagi-lagi bila dapat kereta baru ataupun kereta itu catnya masih cantik dan berkilat.
Dengan coating kereta, bukan sahaja cat kereta akan dapat perlindungan, malah kereta anda akan berada pada tahap yang optimum.
Kalau anda lihat, kereta yang berada di dealership kereta, kereta yang berada di belah dalam itu akan sentiasa berkilat walau berapa kali anda masuk dealership tersebut.
Mesti anda akan bertanya, macam mana kereta tu selalu berkilat? Kalau datang hari-hari pun masih cantik.
Coating kereta boleh tahan dengan lama, boleh tahan dalam lebih dari 2 tahun bergantung dengan berapa kerap anda hantar ke kedai untuk coating kereta.
Coating kereta bukan sekali sahaja, anda boleh buat secara berkala, mungkin dalam 3 bulan sekali. Kalau sebulan sekali, itu overkill namanya. Tapi ikut cara pemilik kereta juga.
5. Senang Untuk Mencuci Kereta Dan Menjimatkan Kos
Bukan sahaja coating kereta mampu memberikan kita perlindungan untuk cat kereta kita, malah ia juga dapat menjimatkan kos dan menyenangkan kita sebagai pemilik kereta.
Dengan adanya coating, kereta anda senang untuk dicuci kerana kotoran itu tidak mudah melekat ke cat asal kereta, ia akan berada pada lapisan yang paling atas.
Justeru, segala kotoran senang untuk ditanggalkan dan proses mencuci kereta akan jadi lebih mudah.
Ini juga dapat menjimatkan kos kerana kita tak perlu kerap mencuci kereta untuk kereta anda kelihatan cantik dan tak kena dengan kotoran yang tak diingini yang akan efek cat asal kereta anda.
Walaupun dengan banyak cucian, coating tersebut boleh bertahan selama 1 – 2 tahun bergantung kepada kualiti dan method coating.
Jika coating sendiri, anda perlu membuat proses coating dengan beberapa lapisan untuk cover seluruh cat badan kereta. Manakala, kalau hantar ke kedai detailing kereta, ia akan memudahkan proses anda kerana semua proses dari A-Z, mereka dapat settlekan dan resultnya lebih baik.
Konklusinya
Sama ada anda menggunakan kereta baru atau kereta yang terpakai, coating adalah salah satu cara untuk mengekalkan cat kereta dan sentiasa memberikan pengilatan kepada kereta anda.
Selain itu, coating kereta adalah tujuan utama untuk pemilik kereta baharu, terutamanya jika kereta first-hand. Kalau anda letak coating pada kereta baru, jangan terkejut kalau mata anda silau. Yang penting cat kereta anda dilindungi dan kereta anda sentiasa berkilat, walaupun dari jarak jauh.
So, inilah 5 tujuan kenapa anda perlu coating kereta. Jika anda mahukan coating kereta atau recommendation dari kami, boleh layari website kami.
Kami harap anda boleh manfaatkan info ini dan rekomenkan kepada kawan-kawan anda yang baru sahaja beli kereta.