Bila kita dah cuci kereta anda kereta kita kelihatan lebih bersinar tapi ada je yang tak cukup. Mesti nak kilatkan lagi ataupun nak bagi extra “protection” untuk kereta kita.
Benda pertama yang ada di fikiran untuk kilatkan kereta adalah “coating kereta”. Kalau kita boleh gilapkan kereta kita, cat kereta akan kekal berpanjangan dan sememangnya nak nampak kereta kita berkilat.
Kebanyakkan dari kalangan kita akan membeli coating kereta di kedai yang berdekatan. Option pertama yang paling popular adalah di kedai MR.DIY. Dalam kedai tersebut juga mempunyai accessori-accessori untuk barang kereta.
Coating Kereta Jenis Apakah Yang Baik?
Jika anda sudah berada ke mana-mana kedai automotif atau kedai yang mempunyai barang untuk kereta, anda boleh lihat beberapa option untuk dijadikan sebagai bahan coating kereta anda.
VISBELLA Nano Ceramic Coating Sprayer
Brand ini cukup baik untuk anda yang mencari Ceramic coating untuk kereta anda. Harganya berpatutan, sebanyak RM6.90 dalam 475ml, ia bergantung kepada berapa besar permukaan yang anda mahu coating.
PRO8 Ceramic Coating 9H Nano Coating
Jika anda mahukan brand yang lebih baik, anda boleh pilih coating kereta yang mempunyai brand yang terkenal dan biasa digunakan oleh para auto detailing centre.
Produk ini mempunyai beberapa feature seperti, watermark remover, plasto brite, ceramic coating, tyre coating dan banyak lagi. Berfungsi sebagai lapisan ‘maintenance’ setelah 9H NANO COATING digunakan.
Antara kelebihan yang ada pada PRO8 Ceramic Coating:
- Menghitamkan tayar seperti warna tayar baru dan yang paling penting tahan selama sebulan atau lebih.
- Dengan penggunaan PRO8 Detailing Set ini cat kenderaan akan:
- Kekal bersifat HYDROPHOBIC (kalis air)
- Kalis sinaran matahari (ANTI-UV)
- Sukar ditembusi partikel halus seperti pasir simen dan sebagainya
- Kalis calar
Harganya juga boleh tahan, dalam RM188 bergantung juga kepada pakej yang anda beli.
GLANZY+ Premium 9H Ceramic Coating
Produk ini merupakan industri polimer grade ceramic coating solution yang memberikan protection daripada kotoran dan kecelakaan kepada cat kereta anda.
Ia mempunya pelbagai kebaikan untuk memberikan protection layer kepada kereta anda.
Antara kelebihannya adalah:
✨Menguatkan UV Protection & Pengilatan
✨Hydrophobic & Efek “Self-Cleaning”
✨ Ketahanan Tinggi, Melindungi Cat Asal Dari Geseran dan Hujan Asid
✨ Tahan hingga 3 Tahun
✨ 100% Crystallization
Dimanakah Tempat Untuk Membeli Coating Kereta?
Ada banyak tempat yang anda boleh cari untuk coating kereta anda sendiri. Produknya memang sudah jual di pasaran.
Anda hanya tinggal beli dan apply sendiri ke atas permukaan kereta anda.
List tempat yang ada boleh beli:
- MR. DIY
- AEON Supermarket
- Lotus
- Giant Supermarket
- HERO Market
- Econsave
- Billion
Nak Coating Kereta Tapi Malas Nak Buat Sendiri?
Bila kita nak coating kereta kita untuk memberikan perlindungan kepada kereta kita, kita haruslah menyediakan peralatan yang betul sebelum coating kereta.
Yang paling simple untuk coating kereta adalah dengan menggunakan kain coating dan produk coating pilihan anda.
Hanya apply sahaja coating krim tersebut pada permukaan kereta anda.
Tapi bila kita nak buat coating pada seluruh kereta, ia akan memakan masa yang lama dan tenaga kerja yang banyak. Lagi-lagi kalau anda melakukannya seorang diri.
Cara terbaik dan betul adalah dengan menghantar kereta anda untuk servis coating kereta.
Mengapa?
Anda tak perlu bazir masa anda untuk coating sendiri malah ada lebih dari satu professional yang akan coatingkan kereta anda.
Bukan sahaja itu, mereka akan menggunakan peralatan coating yang betul dan buat coating dengan sama rata.
Bila kita sebagai amatur yang buat coating pada pertama kalinya, mesti akan ada tompok-tompok kerana tak ratakan permukaan kereta.
Anda boleh pilih car detailing center yang menyediakan servis coating kereta. Mereka bukan sahaja ada servis coating kereta malah servis seperti, car wash, water coating, auto-film, dan paint protection film (PPF) untuk lindungi cat kereta anda.
Nak lihat car detailing center yang baik? Boleh lihat disini.
Konklusinya? Hantar ke Kedai Detailing Lebih Baik
Kalau kita buat coating kereta sendiri, kita tak tahu kalau melakukan cara aplikasi coating dengan baik.
Dengan menghantar ke pusat detailing, ia menyenangkan kerja anda dan memberikan hasil yang memuaskan. Kereta anda akan ada lebih perlindungan dan sentiasa berkilat.